Sunday, November 19, 2006

Api: Kunjungan Sahabat

Rakan seperguruan yang lebih senior. Daripadanya Vern banyak belajar ilmu sampingan.

Amanat daripada Yusuf agar Vern terus berkarya.


Antara alat persenjataan baru Vern; (dari kiri) Sisir Maut Seribu, Sisir Penyimpul Nyawa, Sisir Rapat Seribu, Lipat Bunga Satu, Klip Timoer Jauh, Lipat Bunga Dua, Cukur Cakerawala
dan Air Madu Seribu.

Dihadapan gelanggang perguruan Vern di Pergunungan Saujana.


Vern mempunyai hobi baru. Dia kini sedang mendalami ilmu mencantas rambut. Ilmu persilatan yang telah wujud sejak zaman Hang Tuah lagi. Semoga berjaya.

Pakdie
-bunyinya macam Paksi !
Dimana agaknya kawan lama ? Mungkin itu yang difikirkan Pakdie.

Mahu kembali bersilat seni !

Berceloteh di Warung Seni Pakdie. API banyak belajar ilmu-ilmu lama.


Hari ini API menyambut 'kelahiran' seorang lagi anggota baru. Hasbi Husaini merupakan orang lama seangkatan Sajali Mohamed. Pernah menganggotai RUSDA, GPPS dan Seni Bangsawan Muda suatu ketika dulu sebelum pengaliran seninya menyurut. Mantan Presiden Kereta Sewa Kuching ini merupakan anak kelahiran Kpg Tambirat, Kota Samarahan. API ingin merakamkan 'marhaban ya marhaban Hasbi' atau nama penanya selepas ini Pakdie.

Wednesday, November 15, 2006

KEMBARA SENI API SIRI 1

Peserta berlatih di luar. Meditasi di pagi hari.


Antara latihan memperkasakan energi.


Masih muda, masih berkeringat. Puteri-puteri Daro ini bakal menyerlah.







Sekitar Praktikum Seni KPSU 2006 yang berlaku 7-12 November lalu. API terlibat menyediakan khidmat fasilitator iaitu ZachManan

Wednesday, November 01, 2006

APi: Sekitar Kunjungan Aidilfitri di Utusan Sarawak

Bersama editor berpengaruh AWAJ

Zacharia mendalami ilmu editor bagi memantapkan lagi Jurnal PAKSI yang akan terbit tidak lama lagi


A. A Radin dari dekat


Maklumat terperinci mengenai laman Teropong Digital APi


http://apidigital.blogspot.com

A. A Radin melayari dan mendalami Teropong Digital APi


Bersalaman tanda silaturahim erat antara API dan Media

" Tanpa media siapalah kita... Kita harus menjadikan media sebagai sahabat," kata Zachmanan

Pertemuan 3 penjuru sempena Aidilfitri 1427

APi: Peluncuran Akhbar Paksi di Pejabat Utusan Sarawak















Peluncuran Akhbar Sastera Pertama Sarawak; PAKSI dilakukan oleh Sdr Zachmanan di hadapan Wartawan Sastera @ Penulis A. A Radin

di pejabat Akhbar Utusan Sarawak















Dengan bangga Sdr Zachmanan menayangkan muka hadapan akhbar tersebut! Viva APi!

















Penjelasan lebih terperinci mengenai hala tuju akhbar PAKSI oleh Ketua Editor Zachmanan.
















Penerangan perlu untuk khalayak memahami motto "Membangun Bersama Sastera"

Tuesday, October 31, 2006

APi: Kunjungan ke 2 ke rumah Sdr Pharo Hakim

Aksi istimewa gabungan dua dunia: WS Rendra dan Rabindranath Tagore (Versi sahaja)


Penyerahan cenderahati dari Yusuf Fansuri sebuah buku Ali Shariati: Pemikir Reformasi dan Masyarakat Revolusioner.... untuk tatapan sebelum berangkat ke Kongres Bahasa di Kuala Lumpur.

Antara jamuan yang terhidang.... Ringkas dan Istimewa

APi: Kunjungan Aidilfitri kepada Editor YIIB

Wajah mesra seorang editor Yang Indah Itu Bahasa (YIIB) semasa kunjungan delegasi APi

Seriusnya Zachmanan... Ada iras sifunya WS Rendra...WS Rendra versi Malaysia?

Moderator Sastera Sarawak memperjelaskan dasar perjuangan APi kepada editor YIIB

Abdul Rasit Subert: Editor YIIB dan mantan editor PERISA
(Satu-satunya penulis Sarawak yang pertama memimpin Jurnal PERISA terbitan DBP Kuala Lumpur)

APi: Mesyuarat Agong PEKASA yang pertama

Sayap putera API dan Sayap puteri PEKASA mengabdikan kenangan

Delegasi BERKECUALI : MT APi yang hadir Sdr YF, ZM dan SNA


Antara seniman yang hadir...Sdr Wezan Saili yang kemudiannya menyertai PEKASA


Penyerahan Edisi Sulung Akhbar PAKSI terbitan APi kepada Sdr Jemat Gani (Bakal Sasterawan Besar) yang seterusnya menyertai PEKASA


Pertembungan dua generasi... Wakil APi dan PEKASA (Selepas pemilihan Sdr Jais Sahok dilantik menjadi Ketua 1 PEKASA)

Moderator Sastera Sarawak menyerahkan Edisi Sulung Akhbar PAKSI kepada kritikus alias penyair panas PEKASA

Bersalaman dengan bakal pemenang ASNS, seniman Pharo Hakim

Pertemuan antara 2 moderator laman sastera... Sdr Zaidel (PEKASA) dan YF(Laman Energi Cintakasih @ Sastera Sarawak)

Ucapan TAHNIAH daripada delegasi APi kepada Sdr Jais Sahok di atas perlantikan sebagai Ketua 1, menewaskan calon terdekat Dr. Idris Boi yang selanjutnya menjawat jawatan Ketua 2 PEKASA.

APi: BERSAMA RAHIMIDIN ZAHARI


Plan tindakan penulis... Diskusi serius Rahimidin dan Zachmanan


Tetamu yang hadir menghayati ulasan tentang dunia sastera


Lagi pertukaran idea....


Hadiah dari moderator kepada tetamu istimewa



Renungan seorang penyair BESAR tentang dunia sastera!


Sajalimohamad dan Sinora