KEMBARA SENIMAN JALANAN.... Sudara Zach Abdulmanan meneruskan kembara teater beliau ke Sibu(Kem Kemuyang). Menyumbang bakti ke tanahlahir, menyumbang budi kerabat APi.
BUKAN SOAL PERIBADI.... Kerabat APi telah membuat kunjungan hormat kepada Saudari Hajijah Mainol, editor Ruangan Yang Indah Itu Bahasa baru-baru ini. Entah berapa lamakah beliau akan duduk di KERUSI PANAS ini. Kita tunggu... Mantan editor Saudara Rashid Subert buat apa sekarang?
Terdapat karya-karya dari Kerabat APi dimuatkan dalam antologi cerpen ini yang diselanggarakan oleh Sdr Abdul Mutalib Abdul Rahman, SM Zakir dan Rahimidin Zahari hasil terbitan Kekwa
Mantan Juara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan Negeri menghadiahkan sebuah bacaan sajak dari Chairil Anwar sempena persaraan Pengarah DBP Sarawak: En. Zaini Oje
"Aku Ini Binatang Jalang"
Kerabat APi sempat merakamkan gambar kenangan-kenangan dengan Mantan Editor YIIB
Muka depan Majalah PENTAS keluaran Januari 2007 yang memaparkan kerabat APi telah berjaya menembusi peringkat kebangsaan menerusi artikel kerabat Zachmanan!
Dengan tajuk "Perkembangan Teater Sarawak Yang Dilupakan", Sdr Zach cuba menelurusi epik sebenar teater Negeri Sarawak
Selaku kerabat API, kami memanjangkan ucapan tahniah kepada Zachmanan kerana berjaya menembusi peringkat nasional dengan artikelnya itu. Langkah pertama untuk Kerabat APi untuk meng"kebangsaan"kan karya mereka!
ANGKATAN PENGKARYA INDIE (A.P.I) adalah merupakan sebuah komuniti
seni yang wujud semenjak tahun 2000. Komuniti ini bergiat aktif dalam
mempelbagaikan kegiatan kesenian di Negeri Sarawak semenjak diwujudkan.
Terdiri daripada seniman, sasterawan, budayawan, ahli korporat dan orang biasa
yang berkecimpung dalam arena seni di Negeri Sarawak. Komuniti ini digerakkan
melalui ikatan silaturahmi yang dinamakan “Lingkaran Energi Cintakasih”.