Muka depan Majalah PENTAS keluaran Januari 2007 yang memaparkan kerabat APi telah berjaya menembusi peringkat kebangsaan menerusi artikel kerabat Zachmanan!
Dengan tajuk "Perkembangan Teater Sarawak Yang Dilupakan", Sdr Zach cuba menelurusi epik sebenar teater Negeri Sarawak
Selaku kerabat API, kami memanjangkan ucapan tahniah kepada Zachmanan kerana berjaya menembusi peringkat nasional dengan artikelnya itu. Langkah pertama untuk Kerabat APi untuk meng"kebangsaan"kan karya mereka!
ANGKATAN PENGKARYA INDIE (A.P.I) adalah merupakan sebuah komuniti
seni yang wujud semenjak tahun 2000. Komuniti ini bergiat aktif dalam
mempelbagaikan kegiatan kesenian di Negeri Sarawak semenjak diwujudkan.
Terdiri daripada seniman, sasterawan, budayawan, ahli korporat dan orang biasa
yang berkecimpung dalam arena seni di Negeri Sarawak. Komuniti ini digerakkan
melalui ikatan silaturahmi yang dinamakan “Lingkaran Energi Cintakasih”.