Sunday, November 19, 2006

Api: Kunjungan Sahabat

Rakan seperguruan yang lebih senior. Daripadanya Vern banyak belajar ilmu sampingan.

Amanat daripada Yusuf agar Vern terus berkarya.


Antara alat persenjataan baru Vern; (dari kiri) Sisir Maut Seribu, Sisir Penyimpul Nyawa, Sisir Rapat Seribu, Lipat Bunga Satu, Klip Timoer Jauh, Lipat Bunga Dua, Cukur Cakerawala
dan Air Madu Seribu.

Dihadapan gelanggang perguruan Vern di Pergunungan Saujana.


Vern mempunyai hobi baru. Dia kini sedang mendalami ilmu mencantas rambut. Ilmu persilatan yang telah wujud sejak zaman Hang Tuah lagi. Semoga berjaya.

Pakdie
-bunyinya macam Paksi !
Dimana agaknya kawan lama ? Mungkin itu yang difikirkan Pakdie.

Mahu kembali bersilat seni !

Berceloteh di Warung Seni Pakdie. API banyak belajar ilmu-ilmu lama.


Hari ini API menyambut 'kelahiran' seorang lagi anggota baru. Hasbi Husaini merupakan orang lama seangkatan Sajali Mohamed. Pernah menganggotai RUSDA, GPPS dan Seni Bangsawan Muda suatu ketika dulu sebelum pengaliran seninya menyurut. Mantan Presiden Kereta Sewa Kuching ini merupakan anak kelahiran Kpg Tambirat, Kota Samarahan. API ingin merakamkan 'marhaban ya marhaban Hasbi' atau nama penanya selepas ini Pakdie.